About the System
Sarang Berita UTHM ini telah dibangunkan untuk memudahkan penerimaan BERITA dan RENCANA secara dalam talian. Sistem ini telah diadaptasi daripada Sistem OJS yang telah terbukti keberkesanannya dalam pengurusan penerbitan. Dengan menggunakan sistem ini, proses penghantaran berita dan rencana menjadi lebih mudah dan efisien.
Anda hanya perlu membina akaun anda dan hantar penulisan anda kepada kami! Kami mengalu-alukan penulisan, sama ada berita kampus atau rencana ilmiah. Sertai kami dalam usaha menyebarkan maklumat dan pengetahuan kepada komuniti UTHM dan masyarakat. umum. Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi cerita anda dengan dunia!..
Penghantaran berita dan rencana adalah terbuka kepada warga UTHM untuk dipertimbangkan bagi tujuan penerbitan. Walau bagaimanapun, hanya penulisan yang memenuhi garis panduan dan kriteria penerbitan yang ditetapkan, selaras dengan bidang kepakaran yang bersesuaian serta melalui proses semakan dan pemilihan editorial, akan diterbitkan. Setiap penulisan yang diterima akan dinilai berdasarkan kesesuaian kandungan, ketepatan maklumat, kualiti penulisan dan nilai yang dapat disumbangkan kepada komuniti UTHM, industri serta masyarakat umum.

